Sebelum Pilihanraya yang ke 12, Abdullah Badawi berjanji akan mencalonkan orang yang bersih sahaja. Namun sejak kebelakangan ini spy-spy telah mendedahkan pembohongan Abdullah Badawi. Didapati beberapa orang calon UMNO adalah sangat tidak bersih dengan skandal seks atau Abdullah sendiri menganggap seks luar nikah ini adalah satu perbuatan yang tidak salah. Berikut adalah calon-calon umno yang didapati tidak bersih.
Sahidan Kasim – Perlis
Sahidan telah melakukan hubungan seks dengan seorang gadis sehingga gadis itu menggandung hasil hubungannya dengan sahidan. Dikhabarkan gadis itu pernah berjumpa dengan Abdullah Badawi bersama doktor yang menggugurkan kandungannya enggan mendengar penjelasan gadis tersebut. Dahsyat sungguh sehingga sahidan Kassim sanggup memaksa gadis itu menggugurkan kandungan yang juga darah dagingnya sendiri. Manusia jenis apakah mereka ini ? Peliknya Sahidan masih dicalonkan sebagai wakil umno PR12. Patutlah Raja perlis tidak berkenan dengan sahidan yang gila seks..
Datu Nasrun- Lahad Datu
Datu Nasrun juga dikaitkan dengan skandal seks dengan isteri orang yang juga bekas pekerja di syarikat guamannya. Memandangkan Datu Nasrun membaray RM500 ribu kepada suami mangsanya, maka suami tersebut menarik balik laporan polis yang dibuatnya. Penduduk Lahad Datu juga melupakan hal itu walaupun perbuatan itu sangat hina dan terkutuk. Namun dia juga masih dicalonkan oleh UMNO walaupun mempunyai tabiat seks yang agak luar biasa iaitu suka merogol isteri orang.
Musa Jamli – Tempasuk
Seorang lagi YB yang tidak bermoral iaitu dikenali sebagai Musa Jamli. Dia dikaitkan dengan hubungan seks gila dengan pembantu rumahnya dan adik iparnya. Selain daripada kes merogol, calon ini juga merupakan buruan bpr. Walaubagaimanapun ia menjadi kesayangan Abdullah badawi kerana sikapnya yang suka merogol. Buktinya ia dicalonkan.
Herman Mohammad- Banduan Indonesia
Penjenayah juga boleh menjadi calon apabila ia dihalalkan oleh pemimpin atasan. Tidak menghairankan jika kes jenayah di malaysia semakin meningkat setiap tahun kerana Malaysia ditadbir oleh bekas banduan seperti Herman Mohammad. Untuk pengetahuan semua bekas banduan ini menjadi wakil Sulabayan.
Pak Lah- Abdullah Badawi
Jenayah besar yang dilakukan oleh pak lah adalah apabila beliau melindungi kegiatan-kegiatan jenayah yang dilakukan oleh anak buahnya. Kebanyakan yang disumbat dipenjara adalah orang-orang yang tidak berkepentingan bagi pak lah. Penguatkuasaan undang-undang di Malaysia sama seperti pisau.. Hanya orang bawahan sahaja yang kena potong. Orang atasan bebas melakukan jenayah. Jika penguatkuasaan undang-undang Malaysia seperti chain saw, amanlah Malaysia, pemimpinpun benar-benar bersiah di mata masyarakat. Pemimpin kini cuma bersih di mata Pak Lahhh……..
Categorized in Isu Semasa and Politik
Klik Imej untuk lompatkan katak..
SHAH ALAM: Tindakan wakil rakyat melompat parti tidak memberi manfaat kepada rakyat dan parti, sebaliknya akan merosakkan amalan demokrasi di negara ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata melompat parti juga adalah satu pembohongan besar terhadap rakyat yang memilih calon tertentu bagi mewakili suara mereka khususnya untuk menyelesaikan permasalahan yang dialami.
Katanya, seorang wakil rakyat dipilih bukan sekadar berdasarkan kepada personaliti dan peribadi tetapi juga mewakili parti politik di negara ini.
“Jika ada wakil rakyat bertindak melompat parti, bermakna mereka berbohong kepada rakyat yang memberikan kepercayaan dan mandat kepada mereka.
“Wakil rakyat seperti ini juga dilihat tidak ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat sebaliknya lebih mementingkan diri serta kedudukan mereka semata-mata,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Muhammad berkata, tindakan itu turut mengundang rasa kecewa rakyat dan seterusnya akan menjejaskan imej serta sokongan terhadap parti.
( Dipetik daripada Berita Harian 24 Mac 2008 )
Saya sangat setuju dengan pandangan jutawan Australia Muhammad Taib. Alangkah baiknya jika dia bercakap perkara ini 15 tahun yang lalu ketika katak-katak Sabah melompat ke dalam UMNO. Apa komen Jutawan Muhammad Taib tentang perkara itu ? Taib harus meminta maaf kepada Presiden PBS dan rakyat Sabah di atas perbuatan UMNO membeli pemimpin sabah yang tamak. Tidak ada yang boleh disimpulkan kepada Taib selain daripada perkataan BODOH.. LEMBAB… GILA KUASA… Pemimpin UMNO lompat tidak boleh tapi pemimpin pembangkang lompat ke UMNO boleh..hakikatnya pemimpin UMNO Sabah adalah pembohong kepada rakyat Sabah. Mana sudah seratus hari ? Datuk sila tinggalkan komen anda..
Categorized in Isu Semasa, Politik and Umum

Ahli Kelab Monyet
BERA: Kementerian Belia dan Sukan akan mewujudkan laman blog sendiri sebagai usaha untuk mendekati dan berinteraksi dengan golongan belia di negara ini, kata Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaacob.
Beliau berkata, blog kini menjadi medium maklumat yang semakin popular di kalangan generasi belia dan kewujudannya tidak boleh dipandang ringan kerana peranannya didapati cukup berkesan.
“Jika kita terus memperlekehkan kewujudan blog, saya bimbang suatu hari nanti ia akan mengambil alih peranan akhbar arus perdana,” katanya selepas menghadiri majlis meraikan pelantikannya sebagai Menteri Belia dan Sukan di Kompleks Rakan Muda di sini semalam.
Beliau berkata, blog yang akan diwujudkan itu nanti akan disesuaikan dengan kehendak belia iaitu berbentuk ringan dan santai.
( Dipetik daripada berita harian bertarikh 24 Mac 2008 )
Pertama sekali saya mengucapkan selamat menyertai kelab monyet yang ditubuhkan oleh Khairy Jamalussin. Sangat tidak disangka pemimpin UMNO sanggup menjadi ahli monyet walaupun pada suatu ketika pemimpin ini melabelkan blogger sebagai monyet. Ternyata sekarang anda adalah manusia yang sangat hina kerana tidak mempunyai pendirian. Pemimpin seperti ini jauh sekali layak menjadi seorang pemimpin. Blogger pastinya mendengar komen daripada Khairy Jamaluddin apabila ada kawannya yang sanggup menjadi monyet.
Khairy Jamaludin harus memberi nasihat kepada sekutunya supaya tidak memasuki kelab monyet kerana ia akan menjatuhkan maruah UMNO. Ini adalah kerana Khairy Jamaluddin pernah melabelkan blogger sebagai monyet. Apabila ada ahlinya hendak memina blog untuk kepentingan politik, sudah tentunya ia telah menyertai kelab monyet..
Categorized in Isu Semasa and Politik
Terdapat ura-ura bahawa kerajaan akan memperkenalkan undang-undang baru yang dikenali undang-undang anti lompat atau di Sabah ia dikenali anti KATAK. PBS sebenarnya sudah memperkenalkan undang-undang itu semasa pemerintahannya tetapi dibatalkan oleh pemimpin persekutuan. Kini kerajaan BN memperkenalkannya semula apabila situasi partinya yang amat goyah. Mengapa sekarang baru perkenal semula sedangkan dahulu BN @ UMNO begitu menentang undang-undang yang sama yang dicipta oleh PBS ? Jika diperkenalkan juga maka UMNO harus melutut kepada kepada Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Mengulas isu yang sama MB Kelantan menegaskan insan yang mudah dibeli atau tidak berpendirian adalah manusia yang tidak bermaruah. Tentunya UMNO berusaha membeli pemimpin PAS pada penggal lalu. Malang bagi UMNO kerana semua pemimpin PAS adalah bermaruah. Selain yang dibeli, pembeli juga adalah manusia yang tidak ada maruah sama seperti haiwan.. haiwan yang tak ada fikiran.
Pemimpin-pemimpin sabah khasnya UMNO adalah dikalangan yang tidak bermaruah. Mereka adalah bekas ahli PBS yang melompat ke UMNO setelah dibeli oleh UMNO yang tidak bermaruah. Rakyat Sabah amat malang kerana dipimpin oleh pemimpin yang tidak bermaruah.
Categorized in Isu Semasa and Politik